PENGENALAN
Peta minda merupakan salah satu
alat berfikir yang agak menarik dan memberi kesan yang besar terhadap pengguna.
Peta minda pertama kalinya dikembangkan oleh Tony Buzan (1994). Menurut beliau,
peta minda ialah topik utama yang diletak di tengah sekeping kertas lalu
pelajar menggambar perkaitan contohnya jenis, faktor atau kesan pencemaran.
Minda dijanakan selari dengan kefahaman bagi melakarkan perkaitan topik. Malah,
kefahaman seseorang dapat dilihat daripada hasil ilustrasi peta minda. Kajian juga ada menunjukkan bahawa daya
ingatan meningkat 50% dengan menggunakan peta minda. Mengikut seorang penulis
Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya yang bertajuk “Superbrain”, melalui
pemetaan minda seseorang itu dapat “learn MORE, remember MORE, use LESS paper,
invest LESS effort…” yang membawa maksud penggunaan peta minda memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan
terlalu banyak kertas serta tenaga.
KELEBIHAN PETA MINDA
- boleh membuat banyak perkaitan hanya dengan satu kata kunci
- dapat membantu untuk lebih memahami isi yang terkandung dalam buku yang menggunakan ayat yang panjang.
- mudah dibawa untuk kemana-mana dan tidak perlu membawa buku teks atau buku rujukan yang tebal
- sangat baik untuk membuat rumusan topik yang terkandung di dalam buku
- menjimatkan masa ulangkaji
- boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
- idea boleh berkembang dengan lebih kreatif dan menarik
KELEMAHAN PETA MINDA
- sukar difahami oleh orang lain kerana menggunakan kata kunci yang terlalu pendek dan ringkas
- tiada huraian yang lebih jelas
- terlalu padat, ringkas dan kompleks
- penggunaan kata kunci yang tidak sesuai menyebabkan sukar untuk diingati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan